Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

Wal asr'!

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan kepada kesabaran.

Sering di baca Ayat ini,dan sering juga kita dustakan kebenarannya.
Saban masa di akhir-akhir majlis,kita selalu melafazkannya.
kerana?
 Ilmu yang sedikit tidak mampu menafsir hebat nya mukjizat Al-qur'an.

Maksud Al-asr'

Asas makna al-’asr ini ialah “memerah sesuatu sehingga menitis.”- (Ibn Faris , Mu’jam Maqayis al-Lughah)

Atas roh inilah juga kita memahami al-asr atau masa umur yang Allah kurniakan pada kita. Apa yang perlu kita buat? Kita perlumemerah‘nya sekuat tenaga agar terhasil iman dan amal. Orang yang tidak memerah umurnya akan sentiasa berada dalam kerugian.

Umpama memerah kain?
jika mahu bagi kering sebetulnya  perlu memerahnya dengan sepenuh hati pada daya maximum..
Bersungguh!

Iman dan budaya sihat menasihati

Selain itu, Allah menyatakan setelah beriman dan beramal soleh, ia tidak berhenti di situ sahaja. Perlu ada nasihat atas dasar kebenaran dan kesabaran kerana dengan kaedah ini sahajalah, kita akan mampu untuk terus beriman dan beramal. Jika tidak, ia akan mendatangkan kelesuan dan keletihan seterusnya kita gugur dalam lapangan amal islami. Marilah kita sama-sama memerhati makna al-asr yang sebenar-benarnya. Memang ‘amal perlu diusahakan. Ia tidak sepertimana cita-cita kosong (amal – dieja dengan alif mim laam). ‘Amal (dieja ‘ain mim laam) perlu diberi satu tujahan untuk menjadi realiti. Jangan lagi kita menanti dan menunggu, tetapi tujahkan diri kita agar mampu ber’amal dengan sebenarnya.

Experience will make sense if brilliant come along..
that what i was learned.

Semalam dan semalam saya belajar sesuatu.

hidup lah kamu...
"sepuasnya!"
"semahunya"
"selazatnya"
"seenaknya"
"segirangnya"
"sedalamnya"
"segala-galanya"

kerana rupa hari esok mu tiada siapa yang pasti..

Samada masih bernafaskah kamu atau sudah di panggil pulang olehNYA?
Itu bukan real problem nya.
kerana apa yang pasti dan pasti,esok itu sangat rahsia..
Maka benarlah kata hukama'

'solat lah kamu seolah-olah itu lah solat kamu yang terakhir' - Penekanan kepada elemen FOKUS dalam kerja

'orang yang bijak ialah orang yang selalu mengingati mati' - Penekanan kepada elemen MENGINGATI MATLAMAT hidup.


Life for the fullest!
Agar 'pulang' mu di kenang orang..

Sahl bin Saad r.a. menerangkan (pada suatu ketika) Jibril datang menemui Rasulullah sambil mengingatkan beliau, "Wahai Muhammad, hiduplah semahu mu namun engkau pasti mati. Berbuatlah (apa sahaja) sekehendak mu, sesungguhnya perbuatan mu akan dibalas. Cintailah juga siapa yang engkau mahu,namun engkau pasti berpisah juga dengannya. Ketahuilah bahawa kemuliaan seorang mukmin itu pada sembahyang malam dan kehormatan (harga) dirinya ialah dengan tidak meminta- minta pada orang lain."
(Riwayat Tabrani )


Saya sangat belajar..
sangat belajar..
dan
sangat belajar..