Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

Wal asr'!

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan kepada kesabaran.

Sering di baca Ayat ini,dan sering juga kita dustakan kebenarannya.
Saban masa di akhir-akhir majlis,kita selalu melafazkannya.
kerana?
 Ilmu yang sedikit tidak mampu menafsir hebat nya mukjizat Al-qur'an.

Maksud Al-asr'

Asas makna al-’asr ini ialah “memerah sesuatu sehingga menitis.”- (Ibn Faris , Mu’jam Maqayis al-Lughah)

Atas roh inilah juga kita memahami al-asr atau masa umur yang Allah kurniakan pada kita. Apa yang perlu kita buat? Kita perlumemerah‘nya sekuat tenaga agar terhasil iman dan amal. Orang yang tidak memerah umurnya akan sentiasa berada dalam kerugian.

Umpama memerah kain?
jika mahu bagi kering sebetulnya  perlu memerahnya dengan sepenuh hati pada daya maximum..
Bersungguh!

Iman dan budaya sihat menasihati

Selain itu, Allah menyatakan setelah beriman dan beramal soleh, ia tidak berhenti di situ sahaja. Perlu ada nasihat atas dasar kebenaran dan kesabaran kerana dengan kaedah ini sahajalah, kita akan mampu untuk terus beriman dan beramal. Jika tidak, ia akan mendatangkan kelesuan dan keletihan seterusnya kita gugur dalam lapangan amal islami. Marilah kita sama-sama memerhati makna al-asr yang sebenar-benarnya. Memang ‘amal perlu diusahakan. Ia tidak sepertimana cita-cita kosong (amal – dieja dengan alif mim laam). ‘Amal (dieja ‘ain mim laam) perlu diberi satu tujahan untuk menjadi realiti. Jangan lagi kita menanti dan menunggu, tetapi tujahkan diri kita agar mampu ber’amal dengan sebenarnya.

2 comments:

jom memerah...

ayat ni selalu digunakan bila da orang berjubah putih datang menziarahi rumah...

Berjubah putih?,menziarahi rumah?,siapakah itu?,sound dood~