Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"



Membawa bersama khabaran rindu 
Membisikkan kata-kata 
Menjelmakan cintaku padanya 

Cintamu tulus setia 
Kasihmu tiada tara 
Bertakhta buat selamanya 

Di tugu kasih dan sayang 
Kau ukirkan keimanan 
Moga bertemu keredhaan 

Gemilang cahaya cinta 
Kemilau pancawarnanya 
Bagaikan kejora 
Kudus sinarannya mendamai jiwa 

Apakah kan ku temui 
Insan semulia pekerti 
Setandingmu kasih 
Di alam semesta yang fana ini 

Ku serahkan kepada Tuhan 
Sebuah harapan bernama doa 
Membisikkan kata-kata 
Menjelmakan rinduku padanya 
Kepadanya... 

Semoga kan menyala api cinta setia 
Terus membara selamanya 

Cahaya cinta kekasih Allah 
Sinarannya buat semua


...
~ Selamat Hari Raya Korban ~

Kepada keluarga,
kepada sahabat,
kepada negara,
kepada perjuangan,
dan kepada agama yang paling penting.
berapa banyak pengorbanan yang telah dilakukan?

Pengorbanan terbesar,teragung,termulia ialah pengorbanan sang rasul
pengorbanannya  menjangkaui sempadan waktu dan geografi.
di sambung sahabat-sabahat ridwanullah alaih.
Pengorbanan sang rasul yang diatas nama CINTA 
menbuatkan diri  tersihir dan kelu untuk menafsir kannya dengan kata.

ALLAH...
rahmati mereka dan keluarga mereka..

dan di setiap hujung solat,
selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita S.A.W keluarga 
dan sahabat-sahabatnya tiada pernah lekang.
ya!,sesuai sangat sesuai dengan pengorbanan mereka.

Kita?,
mati mahu di sebut orang ?,
berapa dalam pengorbanan tertumpah?

Ingin menjejak SANG MURABBI CINTA itu..

0 comments: