Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"


"My passion is not in maximum level sister..

eventhough,actually i'm scared to tell you the truth..".terlepas cakap seorang saya.

terkejut dalam cool sang pensyarah..
"Tak pe Khairani,tak pe..Awak belum jumpa TURNING POINT lagi tu.."
Teruskan,awak percayakan?,cinta itu boleh di pupuk?"

"Dan awak akan jumpa TURNING POINT awak di sepanjang jalan yang akan awak lalui..Percayalah!"

Perbualan seorang pelajar bersama dengan seorang pensyarah di Bilik Kaunseling di WAD ICU,PPUKM

TURNING POINT.

Apakah turning point?
Titik point ialah titik patah,titik pulang..

Mencari titik patah,di sepanjang perjalanan hidup seorang pelajar yang bakal expired ini nampaknya sukar..setelah 6 tahun bergelumang bagai dengan segala,belum jumpa titik tersebut?.Cinta itu belum kunjung tiba..Wah!,sungguh mambazir mungkin?,itu kata orang.

Sambung balik ceramah pensyarah saya..
"Kita tengok balik apa niat kita waktu mula-mula enter lapangan ni dulu?","ha,apa niat awak?",sapa pensyarah saya lagi.

panjang masa yang saya ambik untuk memberi jawapan yang mana ianya sebuah jawapan yang memuaskan hati nya dan yang paling penting jujur ianya sebuah jawapan yang memuaskan hati saya..

"untuk sebuah dakwah!",jawab saya sayu.

"ha!".."so,itu niat awak!,muliakan?"..
..
Dan dalam banyak-banyak "katanya", 1 benda yang paling melekat di minda saya
"saya keliling duni dengan KERJAYA saya"
dummmmm!!!!!
Menggumam di hati..
yargh!,mungkin itu momentum pertama buat saya..

"Saya mahu keliling dunia juga sister",jawab hati saya..
dan insya Allah,kerjaya saya akan membawa saya mengeilingi dunia.
...
"Khairani,one day bila awak dah temui TURNING POINT tu,awak call saya"
Tanpa disedari on that day,saya jumpa turning point pertama saya,dan saya belum lagi menelefon nya..
dan akan saya menelefon beliau bila saya membuat langkahan pertama melangkah kaki mengelilingi dunia dengan kerjaya saya..
...
Qawa'idul fiqhiyyah buat saya:
Kerjaya demi dakwah
dan Dakwah itu cinta
Kerjaya=cinta.


Tirai Entry post saya bagi tahun 2011 (setelah bersawang kurang lebih 4 bulan) dimulakan dengan bercerita tantang mati

Ada satu modul :

Sebut mati sebanyak 100 kali ? ada atau tidak perubahan?

Atau pun anda pernah mendengar lagu ini?

Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahal’adzim

Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanahBukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Atau anda pernah mengalami saat-saat seperti ini..

Situasi 1)

“hamper di bawak hanyut air terjun yang menggila,dan tetiba terasa bagai ada yang manarik diri anda keluar dari keributan itu?”

Allah nak bagi subsidi nyawa lagi...~

Atau

Situasi 2:

Lelaki:’adik,sedap tak kuew teaw sup tu?’,sapa seorang lelaki yang tak di kenali

Pelajar 1:Terpinga-pinga lalu menjawab “aah?,ok la tapi tak leh lawan yang kampong saya punya”

Pelajar 2:”saper tu?,mungkin malaikat maut yang datang menyapa dan akan dating lagi dengan soalan seterusnya “dah bahes makan?”,”kalau dah habes.saya nak buat kerja saya ni”..

Jelmaan Malaikat maut kah lelaki tersebut?

*Situasi 1 & 2 ialah cerita sebenar yang dialami penulis..

....

Kematian adalah suatu yang hak, yang benar ,yang semakin mendekat,yang semakin menghampiri,dan yang pastinya akan dirasai oleh semua makluk yang bernyawa.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian” (Aali Imran: 185 )..

Mengingati mati bermakna memulakan hidup dengan “begin with the end in the mind”,dengan memasakkan “the big picture” di minda sebelum bermulanya hari..

“Manusia sedang tidur dan ia akan bangkit dan sedar kembali sesudah dia mati”,nukil Saidina Ali

Mati ialah turning point ..

penghubung alam “ujian” dan alam”marking”,sesudah dia ajar Allah,di tunjuk rasul dibekalkan kompas yang takkan sesat selamanya iaitu al-quran dan sunnah..

Mati akan membuatkan manusia diri sentiasa diawasi,mempunyai wawasan akhirat yang mana perlakuan hari ini dan saat ini terus cash di timbangan amal pahala atau dosaseseorang yang mana mati ialah jambatannya..

Mati juga akan menjadikan seoramg pemimpin akan memimpin rakyat dengan adil,ayah akan memimpin keluarga dengan penuh rasa tanggungjawab kerana teringatkan sakitnya sakarat..

Hidup yang di beri ialah sebuah anugerah,untuk sama-sama kita mencorakkan seni kematian,kerana kematian yang menuju lahad itu merupakan sebuah tempat tidur lena nuat mukmin muttaqin atau sebuah liang yang mengerikan kepada penghidupan yang mengazabkan kepada fasiq wa musysrik..

Peringatan buat wahai bakal-bakal mayat..

juga buat bakal-bakal jenazah..

(sakura luruh)

Melihat,menafsir dan mengaplikasikannya dalam kehidupan..

Pengembaraan ialah sebuah pembelajaran,
memperkaya hidup.
sesudah membaca dengan mata,
kuatkan dengan menafsir,menggunakan minda sedar,
lalu berkongsilah dengan tulisan kepada yang mahu mengambil pengajaran..
...

Firman Allah yang bermaksud:

“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)

Minda pengembara hendaklah dibuka dan berdoa supaya Allah memberi hidayah serta kebaikan daripada pengembaraan itu.

Melakar peta hayat,menghabeskan sisa-sisa zaman inteligentsia..
Mengukir plot-plot Negeri 5 menara olahan gaya mahasiswa yang mencipta angan
bermula di Kedah-Penang-Perak-Selangor-Kelantan..
Moga Jadi KENYATAAN!
Here we go!

"Kerana setiap peristiwa di jagat raya ini adalah potongan mozek.Berseleraklah disana sini,bertebar dalam waktu dan ruang.Nanti,perlahan-lahan dia akan bersatu,mozek-mozek ini akan membina siapa dirimu dewasa kelak.Lalu apa yang kau kerjakan dalam hidup ini akan bergema dala keabadian..
Maka!,berkelanalah diatas muka bumi ini untuk mencari mozekmu"

Sewaktu melihat kerusi itu,
bukan lagi milik saya..
dirasakan sesak didada kembali lapang,
melepas batton kepada yang lebih baik!
dan
insya Allah,mereka lebih baik!
dan JAUH di sudut hati..
"Ya Allah,terimalah segala amalan hambaMU yang sedikit ini"

Kerusi itu banyak mengajar saya,
menjadi manusia kental,
menjadi bebola yang persis di tekan di air,
semakin di tekan,semakin kuat tujah naiknya,
Ya Allah,terima kasih atas "karunia" ini..

Kerusi ini banyak memberi rasa kepada saya,
erti sayang yang sangat mendalam,
kepada tarbiyah,murabbi dan mutarabbi..
Ya Allah,terima kasih di atas "karunia" ini..

Kerusi itu banyak mengajar saya,
menjadi manusia yang harus terlebih dahulu perlu di isi,sebelum mengisi..
memasak ilmu dan pengetahuan diminda..
Ya Allah,terima kasih diatas "karunia" ini

Kerusi itu banyak mememberi rasa kepada saya,
menjadi insan "manja" di hadapan TUHANNYA,
berkongsi setiap hiba dan galau di hati..
Ya Allah,terima kasih atas "karunia" ini

Moga-moga segala rasa di sebalik karunia MU itu,
terus bersemadi dan mendarah daging di jiwa saya.
Menjadi individu yang lebih istiqamah dan lebih tajarrud,
kepada DEEN mu ya RABBI!.


Pasca penghabesan karya a.fuadi dengan buah tangan nya,Negeri 5 Menara ternyata membuatkan saya dan sahabat lebih banyak bermimpi...

Berani bermimpi yang bermacam-macam..
ada yang bermimpi untuk membuka bakery,
Ada yang bermimpi untuk membuka nursery,
Ada yang bermimpi untuk kahwin awal..owh!

(Antara pemimpi-pemimpi~)

Mimpi?..
angan-angan?..
adakah ia pelanduk 2 serupa..


Angan-angan itu umpama ceritta mat jenin,sebuah cerita klasik melayu dongengan yang
berakhir dengan tragedi sadis.
Angan-angan yang menyempitkan pemikiran tanpa ada modus operandi yang jelas bagaimana mencapainya..

Mimpi Pula?,
saya definisikan sebagai satu cita yang di dalam nya terdapat pendekatan dan model serta punya modul untuk menggerakkan nya..
BERMULA DENGAN CITA di spesifikkan bagaimana modus operandi nya..
seperti Martin Luther King,yang memperjuangkan dasar apartheid
Yang bukan saya menyebut..
I HAVE A DREAM!
akan tetapi menspesifikkan mimpi nya dengan berkata bahawa akan mendudukkan sekali anak-anak yang berkulit putih dan hitam pada suatu hari nanti..
Bukan hanya I HAVE A DREAM,kemudian titik.

Lewat menyusuri hari-hari terakhir di tahun akhir,
Visi perlu semakin jelas,
Misi tidak lagi Kabur,
Objektif hidup sudah bersuluh,
Time frame achievement pun begitu..

Jika ingin saya menjadi seorang Pakar Nuklear,
ia tidak boleh hanya terhenti disitu..
perlukan qawiyy yang dipanggil Sarjana..
dimana mahu menyambungnya?
spesifikkan lagi,
di local Universiti seperti UKM atau di US@UK kalau ada.?

Jika saya sekarang sedang mengambil Sarjana Muda dalam Sains Politik,
dan mahu menjadi seorang penganalisis politik yang tidak kalah dengan Prof.Abu Hassan Hasbulllah Hayastani..
Mungkin,saya juga perlu menyambungsarjana di Armenia?
atau ada preference sendiri yang lebih baik..

Tidak cukup dengan itu..
persiapan teknikal perlu teliti,untuk memastikan diri saya mampu dari segi material dan mentalnya untuk kesana..

*Moralnya: Janagan main-main masa belajar..


Dan lain-lain lagi..
itu baru bab kerjaya..
Tidak masuk lagi bab rumah tangga dan sebagainya..
Ironinya,
Satu blue print dengan general master plan perlu siap!
Layarilah hidup,seperti mana kita membuat program.

Ada pndahuluannya,
ada latar belakang nya,
aba objektifnya dan lain-lain..

Malah lebih dari itu!
Maka dengan namaMU ya ALLAH!,
begin with the end in the mind,
be spesific!,
dan kita lakar jalan hayat..
moga terus dikurnia istiqamah,
dan terus berada dijalan yang menyampaikan kami kepada Murabbi cinta kami..

Jangan pernah segan untuk bermimpi (*baca : mimpi gaya spesifik),setelah digenapkan dengan usaha dan do.
Dan percayalah!,Allah itu maha Mendengar!
tribute untuk sis hafizah yang akan berpencak di UM..*sungguh!,saya dengki

Detikan itu doa, impian itu doa, ingat itu doa, fikir itu doa, sebut itu doa, kata-kata itu doa..
maka,pastikan tingkah mu sentiasa dalam kebaikan~

Dahulu,kami melukis langit dan membebaskan imaginasi itu lepas membumbung tinggi.

Aku melihat awn seperti benua Amerika,Raja berkeras awan yang sama berbentuk Eropah,manakala Atang tidak yakin dengan kami berdua dan sanagt percaya awan itu berbentuk benua afrika.Baso malah melihat semua itu dalam kontek Asia,sedangkan Said dan Dulmajid sangat nasionalis,awan itu berbentuk peta Negara kesatuan Indonesia.


Dahulu kami tidak takut bermimpi,walau sejujurnya juga tidak tahu bagaimana merealisasikannya.Tetapi,lihatlah hari ini.Sesudah mengerahkan segala ikhtiar dan menggenapkan dengan doa,Tuhan mengirim benua impian ke pelukan masing-masing.Kun fayakun,maka awalnya awan impian,kini hidup yang nyata,Jadi janganlah pernah remehkan impian,walau setinggi apapunia.Tuhan maha mendengar.

Man jadda wajada,siapa yang bersungguh-sungguh pasti Berjaya!

(Negeri 5 Menara) ~ Berbaloi untuk dihayati!

Muhasabah = Analisa t'hadap apa yg tlh dlaksana. Apakah ia memulangkan kebaikan\ perlu kpd penambahbaikan. Jujur m'hitung tanpa prejudis

Muraqabah = Menilai kehadapan mencari ruang utk tunai amanah sebaiknya dan membolos diri dr kekangan utk dekatkan diri kpd Tuhan yg Esa
Mujahadah = Depani halangan, harungi cabaran & atasi rintangan. Laksana amanah yg dgn serius & tekun. Pedulikan tentangan m'dada kehdpn

Mua'qabah = M'hukum selayaknya atas diri ekoran kegagalan & kelemahan. Sedarkan diri dari alpa & leka dgn tindakan yg m'disiplinkan diri

Mua'hadah = Janji & ikrar utk istiqamah serta teguh pendirian m'galas beban amanah perjuangan. Biar putih tulang namun jgn jd petualang
maka,teruslah bergerak..
menang kalah bukan urusan manusia,
kerana,Allah tetap cukupkan pahala kepada pejuang2nya..
Bergembiralah orang-orang yang beriman!