Bukan langkah Muslimat biasa..
Bercita-cita untuk berperancangan sejauh mungkin..
Bercita-cita untuk mengatur khittah seteliti mungkin
Bercita-cita untuk beraktivitisme sepuas mungkin..
Bercita-cita mengatur derap sebanyak dan sepantas mungkin..
Bercita-cita untuk berfikir sambil bertindak segegas mungkin..
Bercita-cita untuk tidak mengatakan mustahil untuk semua perkara seboleh mungkin..
Dan..
Bercita-cita menjadi hamba yang tunduk semampu mungkin Kepada TUANNYA.
Mantap Tsaqofahnya
Faham Matlamatnya
Qudwah terbaik buat org bawahannya
Paling banyak berkorban untuk perjuangannya
Paling Kental Jiwanya
Paling Akrab dengan Tuhannya
Paling banyak mengalir air matanya
Ini cerita seekor kerang...
Cerita pengajaran...
Cerita sastera...
Cerita kita
Seekor makhluk Allah yang hidup dalam dunianya yang
tersendiri. Begitu sukar ditafsir oleh pancaidera manusia. Kehidupannya sama seperti kita; seandainya kita adalah kerang.
Angin taufan yang melanda pantai laut Mediteranean bulan
itu amat kuat sehingga meniupkan tiupan angin yang bukan kepalang, lalu
angin itu ditafsir menjadi gulungan ombak yang menggila sepanjang
pantai. Ia takut, risau dengan keselamatannya. Lantas ia tetap menyorok
dalam cangkerangnya. Lama ia begitu, biarpun kelaparan tetap bertahan.
Tanpa melihat keluar walau sejenak pun. Adakalnya ia bergolek-golek;
dek kerana hempasan ombak setinggi langit baginya. Lalu ia berdoa,
semoga tetap bertahan.
Kembali muhasabah erti sebuah kehidupan. Terkenang ia akan sebulan yang lalu, pantai itu begitu tenang. Pantai yang terletak di salah sebuah daerah Mesir; Dumyat. Keriangan petang
itu bersama rakan-rakannya yang lain masih terasa hingga kini. Tika itu, seluruh ahli keluarganya berkumpul bersama-sama, makan bersama-sama dan gelak ketawa silih berganti. Alangkah riangnya hati. Semua kerang membuka luas cangkerangnya, begitu banyak makanan yang dapat diperoleh. Dia dapat melihat seluruh dunianya; dunia terumbu karang.
Namun kini, segalanya berubah. Ingatkan panas hingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Pernah sekali ia cuba melihat keluar dalam ngauman ombak tatkala itu. Astaghfirullah...
Segala-galanya hancur, mati dan binasa. matanya terpaku kepada sekujur cangkerang; seolah biasa melihatnya. "Maak!.." Itu sahaja kalimah yang terlafaz pada mulutnya. Dalam linangan air mata ia cuba mendekati tubuh itu. Mati. Tiada apa yang boleh diusahakan. Dia lantas menoleh ke sekelilingnya, segala-galanya hancur! cangkerang siput, kerang dan ketam bergelimpangan di sana-sini. Ia amat takut, trauma melihatnya. Dia lantas pergi dari situ, meninggalkan sekujur tubuh kaku insan tercinta.
Tiba-tiba ia terlihat seekor kerang yang masih teguh cangkerangnya, cantik, indah. Ia cuba mendekati perlahan-lahan, dengan harapan menemukan kerang hidup yang lain. Ombak menghempas lagi. Cepat-cepat ia masuk ke dalam perlindungannya. Setelah reda ia cuba
membuka kembali pintu cangkerangnya. "Ya Allah!..." Alangkah terkejutnya ia, kerang tadi yang begitu indah luarannya terbuka luas mulutnya. Hanyir dan busuk. Kelihatan beberapa ekor ulat sedang memamah jasadnya. Ulat itu menggelitik-gelitik. Menggelikan, matanya melihat,
otaknya mentafsir lalu meghasilkan satu emosi yang kurang menyenangkan. Ia mual dan termuntah di situ.Kerang itu sedih dan duka. hatiya benar-benar menangis, pilu mengenangkan nasib diri. Lalu atas tikar kesedihan itu ia bermunajat kepada Ilahi. Biar betapa kuat ombak menghempas, ia tetap bertahan. Ya tetap bertahan dalam cangkerangnya.
Begitulah juga kehidupan seorang manusia wahai sahabatku.Kita ini ibarat kerang. Dunia kita ialah pantai. Adakalanya arus laut terlalu tenang, indah, senang dan perlahan. Lantas kita lupa, kita alpa dengan kesenangan yang hanya sementara. Kita juga lupa bahawa kita
hanyalah kerang yang lemah, menumpang dalam pentas kehidupan. Sungguh, zaman remaja kita amatlah hebat ombak cabarannya wahai sahabatku, walaupun kita tidak menyedari hakikat ini. Fenomena-fenomea kebejatan sosial dan kehancuran akhlak adakalanya tidak disedari oleh
kita.
Jarum-jarum thaghut telah mencucuk hati kita melalui media-media, majalah, surat khabar dan internet. Maka ramai yang hatinya mati, seperti matinya kerang-kerang, siput-siput dan
ketam-ketam dalam kisah di atas. Hanyalah bahtera iman yang akan melayarkan kita ke destinasi yang abadi. Perkasakanlah iman dengan al-Quran dan solat malam. Sentiasa
berdamping dengan Quran, kerana ia akan menyalakan semangat perjuangan.
Manakala solat malam (qiamullail) akan memantapkan hati, meneguhkan
jiwa dan melancarkan lidah.
Adakalanya kita perlu beruzlah (mengasingkan diri) dalam cangkerang keimanan kita. Ombak di luar sana amat hebat sahabatku. Berlindunglah dalam cangkerang keimananmu. Semoga hati kita sentiasa bersih dan suci. Kerang itu masih di situ. Berteleku dalam munajatnya di hadapan wajah Tuhan. Kerang itu teguh dan kuat, tatkala yang lain kalah, ia dapat bertahan.
Kisah kerang; analogi kehidupan insan. Ada yang kalah dan mati, ada yang hidup dan tetap bertahan. Sekiranya seekor kerang dapat bertahan di pantai ombak ganas yang membinasakan, mampukah kita bertahan dalam arus dunia keremajaan?
*Terima Kasih Buat Kak su

Kod Skim: 4309
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
Jadual Gaji :
P1T1 RM1999.19 - P1T24 RM4723.81
P2T1 RM2095.20 - P2T24 RM5022.83
P3T1 RM2195.39 - P3T24 RM5317.92
"UKHWAH TERBINA GENERASI PERKASA.."
ah..sebelum melabuhkan semester 2 tahun dua ni..
mahu saya tulis sesuatu tribute untuk kengkawan dan apa2 sahaja yg berkaitan dengan HOSHAS..
Tahun depan dah nak masuk tahun 3..
Huh?3rd year sudah...
takutnya...
competent sudah dengan MSN(Mediacal Surgical Nursing) 1-5?
Ubat-ubatan yg pelbagai??ward stock/floor stock/DDA dsbnya...
Bila dah melangkah 3rd year,dah tak maen dengan Wad Surgical,ward Medical ni..
A&E,OT romm pulak...
Paed jugak,tambah lagi Gynea and O&G..
Medical...
K11 2 minggu pertama..
bEST..
ada stuffnurse myza,staff Nurse amillia,staff nurse hamiza..
semuanya asal dari kelantan..
yang selalu jadi mangsa kami yg suka-suka menyakat ni..
Kat sini,kami sangat competent..
level competency ditabik oleh staff nurse..
Sampai semua menda suruh kita buat..
Kejap-kejap....
"Dik Uia..pukul 8 nanti tolak patient pergi Colonoscopy,ajak kawan"
"adik ni,katil ni (bagi list katil patient) buat ECG eh"..
Habes kerja je,lawat2 berbual-bual dengan patient asah terapheutic communication,nak bagi health eduacation,itu lah niat dihati..
sambil lepas lelah..
"Ha,dik dah wat naek patient?"sambung staff nurse
Pakcik bed 23 tu nak makan ubat,tapi kena insert ryles tube dulu,tolong insert eh?
hah?
"yang tu hourlly,yang tu,tu,tu,dan tu hourly observation dan CVP reading..
tolong tengok-tengokkan ye"
ada tender lagi ...
wah!
"ok kak staff nurse.."
dan...
la la la..
biasanya dalam ward saya akan bergandingan dengan KUDI,
dan emilia akan bergandingan dengan KUMI.
....
Gembira ja..
......huhu!,sampai satu tahap..
"cup-cup kak staffnurse,kami tak makan tak semayang lagi ni"
"boleh kami mintak diri sekejap??"
"lewat sudah ni..dah 6.15pm dah ni"
Hah..leper-leper..
Kumi dan Kudi dah membuatkan "tanda-tanda" Hypoglysemic dah..
[BUDAK UIA TIDAK BOLEH KELUAR DARI ACUTE CUBICAL..]
statement ini paling "best"..
kerja2 sambilan lain ialah wat procedure kat cubical belakang..
procedure yg agak special,kitorang akan diimport dari depan..
degree nurse to be la katakan..
Kami sangatlah disayangi..
ditimang-timang..
kalau nak mintak tolong wat apa,siap datang dan pegang-pegang tangan lagi kakak2 staffnurse ni..
kami pun jadi redha ja..
letih pun jadi takpa..
....................................
akan tetapi,Terjadi lah cerita yang membuatkan hubungan kami dengan staff ward k11 semakin dingin..
2 minggu selepas itu..
kerana penguatkuasaan Student-student UIA Sem 5 kebawah tidak dibenarkan memasuki acute cubical setelah patient di K12 collapse 1jam selepas di sponging oleh beberapa sahabat saya.
lalu berlaku la sedikit salah faham antara pengurusan UIA dan pengurusan HOSHAS..
it's not our false!
tak perlah..tak larat nak terangkan disini kenapa ia boleh sebegini lakunya..
dan..
Tahniah kat Kak Syikin,Ain and eid atas ke"tuff"an diorang menghadapi situasi itu....
Kami dah tak seaktif dulu..
dah tak seadvance dulu..
staffnurse sibuk bertanya2,kenapa kenapa kenapa.??
kenapa tak boleh?
"Tak boleh kak staffnurse,sebab kitorang belum belajar secara holistic cane nak menguruskan critically ill patient.."
kadang-kadang kita perlu pentingkan diri sendiri untuk menjaga maslahat orang lain..
Kadang-kadang kita perlu obey for the commad walaupun kita tak suka sangat..
dan kadang-kadang kita perlu lukakan hati sebelah pihak untuk menjaga hati sebelah pihak yang lain..
ikutkan hati,
nak jer bagging patient tyme patient collapse,
Nak ja check DDA punya drug setiap kali disuruh oleh staffnurse..
nak ja wat venipunture ABG kat patient.(Ni dr.Nordin selalu suruh)
Nak ja buat apa2 saja untuk semua patient..
nak..
nak..
nak..
tapi..
itu out of our capacity..
JUST ONLY FOR THE TYME BEING..
banyak lagi yang saya dan sahabat-sahabat kena belajar
untuk dapatkan title Nurse U41..
Pepun..Special tribute kat Sister Sanisah..
yang ikut ja apa yang kami buat kat K11 dari pagi habes shift..
ajar one by one with the such correct way (penuh hikmah)
yang selalu marah kami bila buat semua benda yang terlalu advance tanpa pikir apa komplikasinya.
Pengalaman di K11 (wad paling kontroversi bagi sesi postinhg kali ni) banyak mengajar kami menjadi student nurse yang paling kritikal pemikirannya dan tajam sense of sensitivity nya..
[AWAK-AWAK NI TERLALU BERANI LA]
Lecture sister sanisah...
Fikir fikir dan fikir katanya..
Thanks also kat:
Kutiq.Kura.Kukek.Kuyan.Kudi.Kumi.Kuya. kerana menjadi posting mate yang commited..
C U next sem..
Lagi Produk Baitul Muslim...
Mereka merupakan kakak-kakak dan sahabat saya..
Yang paling rapat mungkin..
Saya pernah bertanya kan kepada salah seorang daripada mereka..
dan saya mintak dia berjanji dengan saya untuk bertambah istiqamah dan bertambah derapnya dalam perjuangan..
Dan saya mintak dia menjadi role modale untuk kami-kami semua yang bahawasanya,perkahwinan sekali-kali tidak akan menurunkan prioriti dakwah beliau..
Menurunkan prioriti dakwah??
Kalau sebelum berkahwin..
kita ada seorang ibu dan seorang bapa..
Punyai 8 org adik beradik(sbg contoh)
Punya 20 sepupu
punya 10 anak saudara..
selepas kahwin..
semuanya jadi double..
kita punya 2 ibu dan 2 bapa
punya 16 orang adik beradik
punya 40 sepupu
punya 20 anak saudara
yang semuanya memerlukan hak masing-masing untuk kita tunaikan..
yang memerlukan kita lebih kritikal dalam memilih awlawiyat dan muwazzanat pada suatu masa.
dan kenapa selepas perkahwinan ia seakan-akan menjadi satu stigma yang masing-masing akan "slow"?
dan ia perlu pulang kapada basic..
Tanya kembali..
Kenapa kita berdakwah?
Adakah kerana dakwah itu wajib?
kita berdakwah atas kapasiti dakwah itu wajib,
inilah jadinya..
priority dakwah kita akan jadi menurun..
Dari no 1 pada zaman bujangnya kepada no 5 atau 6 atau 7 selepas berkahwin..
Akan tetapi,
kalau kita berdakwah atas rasa tanggungjawab kita untuk memberi..
It's will never stop..
kerana ia adalah faktor dalaman,dalam diri kita,
bukan kerana desakan luaran yg dakwah itu wajib..
Inside Out dengan kata lainnya..

Mengapa Berada di Jalan Da’wah?
Pertanyaan itu selalu penting untuk kita renungi lagi.
Tentu akan sangat banyak huraian alasan dari pertanyaan tersebut.
Sesungguhnya, kita melangkah di jalan ini kerana jalan inilah bahagian daripada rasa syukur kita atas hidayah yang Allah berikan.
Jalan da’wah mengajarkan bahawa kita,yang sememangnya kita memerlukan da’wah. Kebersamaan kita dengan saudara-saudara di jalan ini semakin menegaskan bahawa kita harus hidup bersama mereka agar berhasil dalam hidup dunia dan akhirat. 'Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk Allah, maka ia akan mendapat pahala yang sama jumlah pahala orang yang mengikutinya tanpa dikurangi sedikitpun oleh pahala mereka.’ [HR. Muslim]
Ada banyak orang-orang mulia, kaum Muslimin para terdahulu yang telah menuai pahala kerana disebabkan mereka kita mengenal Islam dan menghantarkan kita mengimani agama ini. Para malaikat akan terus mencatat pahala mereka hingga hari kiamat tiba. Alasan berikutnya adalah da’wah akan menjadi penghalang turunnya azab Allah SWT (QS Al-A’raf: 164-165).
Teman-teman Pilihan Ar-rafiiq qabla thariiq,
memilih teman harus didahulukan sebelum memulai perjalanan. Syarat dalam perjalanan adalah:
Ar-rafiiq ash-shaalih (teman yang baik).
Di jalan ini, secara automatik teradun dalam kebersamaan setelah berbagai tahap (pemilihan)Yang menjadi pokoknya barangkali bukanlah seleksi (pemilihan) yang kita lakukan sendiri, melainkan tabiat kehidupan dan perjalanan ini yang memilih kita dan saudara-saudara kita secara tidak langsung. Ragam ujian, cubaan, berbagai fitnah, godaan dan rayuan di perjalanan inilah yang memilih (menyaring) kita dan saudara-saudara kita.
Kami dan Amal Jama’ie Kitab Al-Hall al-Islamy, Faridhah wa Dharurah, DR. Yusuf Al-Qaradhawi mengatakan: "Amal jama’ie itu harus dilakukan. Kerana ia termasuk di dalam perintah yang diwajibkan dalam agama dan tuntutan realiti sekaligus. Agama memerintahkan kita untuk bersatu dan saling membantu dalam kebaikan dan ketaqwaan. Sedangkan amal jama’ie termasuk salah satu bentuk amal kebaikan dan ketaqwaan yang paling khusus, paling prinsipal dan paling penting".
Perjalanan ini mutlak memerlukan pemimpin di antara syarat perjalanan adalah keharusan adanya pemimpin. Konsekuensi pemahaman bahawa da’wah harus terorganisasi. Seorang pemimpin diperlukan kerana pandangannya yang beragam untuk menentukan arah perjalanan dan kemaslahatan perjalanan.Tidak ada keteraturan tanpa kesatuan pengaturan. Alam ini menjadi teratur kerana Pengatur alam semesta ini adalah satu (Ihya Ulumuddin).Jika alam ini ada banyak tuhan, selain Allah, nescaya akan rosaklah. (QS Al-Anbiya: 22)Kita telah banyak banyak kali bertemu dengan karektor yang bermacam.interaksi ini terkadang mencetuskan perbezaan pendapat. Punya jiwa yang mudah bertoleransi adalah salah satu pelajaran berharga yang kita petik dari jalan da’wah untuk mendepani sifat dan ragam manusia di jalan ini,dan kita belajar untuk menghukumnya dengan adiladi
Tiga Karakter Penempuh Perjalanan Ibnul Qayyim Al-Jauziyah menyebutkan bahawa di perjalanan ini setidak-tidaknya ada tiga kelompok manusia. Mereka adalah:-
• Kelompok zaalimun li nafsihi adalah orang-orang yang lalai dalam mempersiapkan bekal perjalanan. Mereka enggan untuk mengumpulkan apa-apa yang mampu membuatnya sampai ke tujuan.
• Kelompok muqtashid adalah mereka yang mengambil bekal secukupnya sahaja untuk sampai ke tujuan perjalanan.
• Kelompok saabiqun bil khairaat yakni orang-orang yang ingin untuk meraih keuntungan yang sebesar-besarnya.
Bersama kita meraih gelaran kelompok keduadan ketiga,tidak kelompok yg pertama. kita harus punya bekalan yg mencukupi hingga perjalanan ini bertemu hujungnya,bekal untuk sama-sama menempuh jalan panjang dan sebaik-baik perbekalan adalah Taqwa dan dengan bekal itulah kita menempuh perjalanan da’wah ini.
La tas aluunii an hayaatii, fa hiya asrarul hayah
Jangan engkau tanya aku tentang jalan hidupku, di jalan ini terdapat banyak rahsia kehidupan
Hiya minhatun hiya minhatun, hiya alamun min umniyat
Ia adalah kurnia sekaligus ujian, ia adalah dunia cita-cita
Qad bi’tuha lillahi tsumma madhoitu fii raakibil huda
Aku telah menjual hidup ini kepada Allah, kemudian aku berlalu bersama pemburu petunjuk.