Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"


JURURAWAT U41??

a. Jawatan Jururawat
Gred: U41
Kod Skim: 4309
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
Jadual Gaji :
P1T1 RM1999.19 - P1T24 RM4723.81
P2T1 RM2095.20 - P2T24 RM5022.83
P3T1 RM2195.39 - P3T24 RM5317.92

Syarat Lantikan:

i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar
dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
[Gaji permulaan ialah pada gred U41: P1T1 RM1999.19]; dan

ii) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas
1. Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan
a. Pemantauan Kejururawatan
b.
Mengawalselia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/klinik/unit berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan keselamatan pelanggan.

2. Fungsi Pengurusan dan Penyeliaan.
a.
Mrancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan aliran sains dan teknologi juga konsep terkini.

b.
Menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan.

3. Kawalan Mutu
a.
Merancang lawatan penyeliaan untuk memastikan amalan kejururawatan dijalankan mengikut piawaian.

b. Memastikan perawatan dilakukan berpandukan standard Operating Procedures (SOP) - menentukan protokol dan garis panduan dalam prosedur kejururawatan dipraktikkan.
5. Latihan Kejururawatan
a. Merancang dan menyelaras kursus/latihan amali anggota kejururawatan di antara kolej dan diperingkat negeri.


source :
http://www.spa.gov.my/portal/page?_pageid=53,1309644&_dad=portal&_schema=PORTAL


UNIFORM MACAM MANA? APA KATA MEREKA...

"jururawat u41 adalah dititlekan sebagai seorang pegawai...tapi kalau memakai pakaian sama denganjururawat u29...agak2 apa yang membezakannya adakah name jawatan di name card?"

"Sister tu kata, kemungkinan besar, warna pakaian mereka akan diseragamkan. Benda ni dah dibawa meeteng peringkat KKM, tapi tak tahu keputusan lagi. Jadi kita tunggu dan lihat je."

"APapun, saya amat bersetuju, sekiranya CNS ni mempunyai personaliti mereka sendiri..... Barulah senang nak cam mereka ni. Barulah senang nak refer kat mereka ni..."

"mmg uniform utk cns u41 perlu diwujudkan....spt di hosp umum sarawak cns u41 pakai serba putih n tudnug pun putih sebijik mcm ppk n di di hosp seremban cns u41 pakai serba putih tp disarungkan overcoat putih,mmg lawak n yg baru lak msh pkai uniform sn lg....cns u41 ini perlu mmpunyai uniform tersendiri kerana diorg ini berstatus pegawai n supaya senang utk pesakit dan dr kenal n lebih hormat bila bckp dgn mereka...pd masa ini rase2 nye better dorg pakai baju formal n overcoat putih spt g tutor2 pkai...."

"...dia pung pakailah pakaian biasa.....sama ngam dokor dan seme2 pegawai2lah......bagus gak kan baru nampak macam pegawai u41"

MENGAPA JURURAWAT U41 DIWUJUDKAN?

"Diwujudkan Paramedik U41/42...dan seterusnya, adalah untuk memartabatkan profesion paramedik yang dilihat semakin mencabar dan penting. Mereka ini telah dikategorikan sebagai profesional dan tidak mustahil kita (yang masih U29/32/36) akan berada di sini suatu hari nanti. Mungkin masa ini kita belum nampak fungsinya secara jelas kerana masih diperingkat awal. Lama kelamaan fungsi mereka semakin menyerlah dan profesion kita makin dihormati dan disegani lebih-lebih lagi bila sama barisan dengan golongan atasan (doctor's) dalam organisasi KKM. Kita seharusnya positif, menghormati dan terus menyokong apa yang baik yang sebenarnya untuk kebaikan paramedik.

[Dimintak dari kak rubi]

4 comments:

u29 - u41..cita2ku..hu..hu..

byk tok post u44 dan u48?
klu byk, peluang naik pangkat cerah