Beliau pergi ketika di puncak kegemilangannya..Pemergiannya diratapi oleh seluruh ummat islam di seluruh dunia.Tetapi berita itu sangat meggembirakan penganut kristian.Apabila berita itu sampai ke Rom ,Paus Sangat gembira lalu memerintahkan gereja-gereja dibuka bagi orang ramai berkumpul dan berpesta.Mereka berarak di jalan-jalan raya sambil menyanyikan lagu memenangan dan ketuhanan.Mereka berpesta selama tiga-hari 3 malam.Pope besar pula mengarahkan semua gereja membunyikan loceng selama 3 hari 3 malam sebagai tanda kegembiraan..
Beliau dilahirkan pada 29Mac1432 dan kembali pada 3 Mei 1481 ketika beliau berumur 49 tahun.Semoga ALLAH memberi keampunan,keredaan serta melimpahkan rahmatnya kepada…….
Beliau ialah..
Sultan Muhammad Al-fateh, the great conqueror..
.........
Melewati bab-bab terakhir bermula di bab “diambang kekalahan” sehinggalah ke tajuk terakhir “Wasiat sang penakluk”,hati yang keras ini terpaksa mengalah dengan siri-siri ,jejak langkah perwira baginda..berderai air mata tanpa sebarang bendungan..Ahhh….biarkan ia membasuh diari alpa aku yang mengaku berjuang..
Sultan Muhammad alfateh:Pemimpin Bertaqwa.
Selepas shj berjaya menawan kota konstantinopel,baginda telah menukarkan gereja Aya Sophia menjadi masjid dengan kebenaran penduduk kristian Kota tersebut.Pada jumaat yang pertama,bilamana baginda bertanyakan kepada kepada penasiaht agama beliau berkenaan dengan siapakah yang paling layak ntuk menjadi imam sembahyang jumaat mereka,lalu ulama itu berkata..
Lalu diajukan beberapa soalan…
“siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat wajib?”
Dan tiada siapa yang duduk..
Diajuakn lagi
“siapakah diantara kamu yang pernah meninggalkan solat sunnat rawatib?”
Dan separuh daripada mereka duduk.
Ditanyakan soalan ke tiga
“siapakah antara kalian yang tidak pernah meninggalkan solat tahajjud?”
Semua daripada tenteranya duduk melainkan seorang…
Beliaulah…Sultan Muhammad Alfateh.
Sejak dari Akil baligh,baginda tidak pernah meninggalkan solat wajib,solat sunnat rawatib mahupun solat tahajjud
Sultan Muhammad Alfateh:Pengamat sirah yang hebat
Pertarungan dengan Maharaja Konstantinopel
Tika mana beliau sedang bertarung menumpaskan maharaja Konstantinopel dan kemenangan sudah hampir menjadi miliknya,ditengah-tengah hayunan pedang lalu beliau meludah ke muka baginda dan baginda Muhammad alfateh berhenti dari tindakan untuk memenggal kepala Maharaja Konstantinopel..
Lalu ditanya oleh maharaja Tersebut,kenapa baginda tidak meneruskan tindakan tersebut..
“aku tidak mahu membunuh kamu disebabkan kemarahan aku,tetapi kerana Allah”,lalu riwayat maharaja Konstantinopel hihabiskan oleh tentera lain..
Sewaktu pembukaan Konstantinopel..
“intoliqu,faantumul tolaqo’”..pergilah kamu,kamu dibebaskan..
Mengambil ikhtibar sejarah Rasulullah sewaktu peristiwa Fathuk Makkah
“Konstantinopel akan jatuh ke tangan ketua yang baik,tentera yang baik dan rakyat yang baik”
~Nabi Muhammad S.A.W~
Istana Topkapi yang telah diubah kepada Museum Topkapi sekarang
“…Kalaulah dunia ini sebuah Negara,maka konstantinopel inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya..”
~Napoleon bonaparte~
Ditanya mengapa beliau ingin dimaqamkan di bawah dinding kubu kota konstantinopel ,Abu ayyub alansari menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel”
~Sahabat,Abu Ayyub Alansari~
Bilakah islam akan menang di muka bumi Malaysia?
Sebagai pendokong yang selalu mengimani bahawa matlamat pengabdianhanya kpd ALLAH,Ilah sebagai sumber kecintaan,perundangan dan tempat memohon rezeki,
Kenapa mesti Sultan Muhammad alfateh?..
kerana baginda juga ialah seorang anak muda sewaktu memulakan perjuangan..
Tidak jauh bezanya dengan kita…samada dari segi jarak masa mahupun jarak usia
2 comments:
baguslah anda
nanti lawatlah etek blog ana deh, ana nok mintok komen
Post a Comment