Lama sujud saya dan hajaq disujud terakhir itu..Tawaf wida’ kami akan berlansungg sebentar lagi yang kami dahulukan dengan solat zohor berjemaah..Lama sujud kami,dalam perasaan kami,kering air mata kami sepanjang itu.Segala jahiliyyah mahu saja kami tinggalkan di situ.Esak kami bagai tiada mempedulikan manusia sekeliling.Hanya Bab Hunain menjadi saksi yang kami pernah bertaubat dan menyesal atas segala ke alpaan yang di sengajakan atau tidak di sengajakan..Dalam,dalam dan dalam..
Ingin di ceritakan tiada kata..Bertawaf qudum titengah terik seteriknya matahari pukul 1.30 tengahari memberi keinsafan berpanjangan pada kami..selesai 7 pusingan,rindu ingin beristilam dengan rukun yamani dan hajarul al-aswad telah menguntum..”bismillah Allah Akbar,walillah hilhamd”.Tidak kesampaian hajat mahu mengucup hajar aswad dan bersembahyang di hijr Ismail,ah!,bukan kerana tidak mampu tapi tidak sampai hati yang sebetulnya..
“Dengan nama Allah,Allah Maha Besar dan segala puji itu hanya untuk Allah ,tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Allah Maha Agung.Tiada daya dan upaya ,tiada kekuatanku,jika tidak dengan pertolongan Allah yang maha tinggi lagi Benar dan Mulia .Selawat dan salam untuk junjungan Rasulullah S.A.W,Ya Allah,aku dating aku dating kemari kerana iman kepada MU membenarkan kitabMU ,memenuhi janji MU dan kerana menuruti sunnah nabi MU Muhammad S.A.W,Wahai tuhan yang Maha Penyayang,dengarlah bicara ku,wahai Tuhan yang Maha Perkasa,paksakanlah aku ini,Wahai tuhan yang maha pelindung,lindungilah aib ku ini,wahai Tuhan Yang Maha Kasih Sayang,Sayangilah diri ku ini,Wahai tuhan yang maha kuasa mengembalikan,kembalikanlah aku ini ke Kaabah ini san berilah aku rezeki untuk mengulangi berkali-kali bertaubat dan beribadat,belayar menurut jalan Tuhan kami sambil memuji Allah ,Allah Maha menepati janjiNYA,menbantu hambanya menghancurkan sendiri tentera MusuhNYA ,Ya Allah Ya tuhanku ,peliharalah aku ini dari kanan,kiri,hadapan,dan belakangdari sebelah atas dan bawah keluarga ku dan ke kampung halaman ku.Ya Allah,Tuhanku mudahkanlah pelayaran kami dan pendekkan;ah bumi ini untuk kami .Ya ALLAH,kawalilah kami dalam pelayaran ini dan awasilah kami ahli keluarga kami wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang dan wahai tuhan yang memelihara seru sekelian alam “
Seusai solat sunat dan khusyuk di multazam,kami bergambar bersama BERSIH juga meneguk teguk zam-zam buat kali terakhir sepuas-puasnya..ya ,sepuasnya!,kerana entah bila lagi mampu berjumpa dengan air nostalgia ini,air sejarah.Lama teguk kami,tambah dan tambah..
Melambai dengan sayu,dengan tekad kami akan kembali!.Ya,tanah bakkah itu yang di ertikan dengan solat di atas escalator,Pasar Zain dan pak cik mutowwif,Perkuburan Ma’la dan khadijah,’dunia’ yang terkorban,saudara dan persaudaraan,refresh baiah di Hudaibiyah,Gastric dan susu unta,Turki + Malaysia,Kawanan merpati dan berkat ,iktikaf dan ketenangan juga 1001 cerita cinta yang juga tidak ternukilkan di mana-mana.Jemput lah kami kembali ya Allah!,terima kasih atas jemputan ini yang menyebabkan tidak mungkin serik untuk kembali dan kembali