Alangkah Bahagia Kalau gambar diatas sama macam Gambar Dibawah
Bukan langkah Muslimat biasa..
Bercita-cita untuk berperancangan sejauh mungkin..
Bercita-cita untuk mengatur khittah seteliti mungkin
Bercita-cita untuk beraktivitisme sepuas mungkin..
Bercita-cita mengatur derap sebanyak dan sepantas mungkin..
Bercita-cita untuk berfikir sambil bertindak segegas mungkin..
Bercita-cita untuk tidak mengatakan mustahil untuk semua perkara seboleh mungkin..
Dan..
Bercita-cita menjadi hamba yang tunduk semampu mungkin Kepada TUANNYA.
Mantap Tsaqofahnya
Faham Matlamatnya
Qudwah terbaik buat org bawahannya
Paling banyak berkorban untuk perjuangannya
Paling Kental Jiwanya
Paling Akrab dengan Tuhannya
Paling banyak mengalir air matanya
Beliau pergi ketika di puncak kegemilangannya..Pemergiannya diratapi oleh seluruh ummat islam di seluruh dunia.Tetapi berita itu sangat meggembirakan penganut kristian.Apabila berita itu sampai ke Rom ,Paus Sangat gembira lalu memerintahkan gereja-gereja dibuka bagi orang ramai berkumpul dan berpesta.Mereka berarak di jalan-jalan raya sambil menyanyikan lagu memenangan dan ketuhanan.Mereka berpesta selama tiga-hari 3 malam.Pope besar pula mengarahkan semua gereja membunyikan loceng selama 3 hari 3 malam sebagai tanda kegembiraan..
Beliau dilahirkan pada 29Mac1432 dan kembali pada 3 Mei 1481 ketika beliau berumur 49 tahun.Semoga ALLAH memberi keampunan,keredaan serta melimpahkan rahmatnya kepada…….
Beliau ialah..
Sultan Muhammad Al-fateh, the great conqueror..
.........
Melewati bab-bab terakhir bermula di bab “diambang kekalahan” sehinggalah ke tajuk terakhir “Wasiat sang penakluk”,hati yang keras ini terpaksa mengalah dengan siri-siri ,jejak langkah perwira baginda..berderai air mata tanpa sebarang bendungan..Ahhh….biarkan ia membasuh diari alpa aku yang mengaku berjuang..
Istana Topkapi yang telah diubah kepada Museum Topkapi sekarang
“…Kalaulah dunia ini sebuah Negara,maka konstantinopel inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya..”
~Napoleon bonaparte~
Ditanya mengapa beliau ingin dimaqamkan di bawah dinding kubu kota konstantinopel ,Abu ayyub alansari menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel”
~Sahabat,Abu Ayyub Alansari~
Bilakah islam akan menang di muka bumi Malaysia?
Semakin musim peperiksaan menuju ke penghujung,semakin meriah rumah ALLAH ini..
“eh,alah depe la sikit sejadah tu,nanti tok muat ore nak semaye belake nuh”,kata seorang shbt saya..