Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"



Panas dilorong-lorong Gaza..
..biadap lagi kamu Zionis!..
sehingga hari ini..
31/12/2008..
380..
1750..

..Semakin membarah dendam dijiwa..

Tika anak-anak kecil Palestin memikul beban orang-orang dewasa,diusir diburu siang dan malam,akan tetapi kita bimbang dengan anak-anak kita, ketika tangannya kotor karena debu, sedangkan mereka anak-anak Palestin tangannya kotor kerana peluru dan batu.
Palestin menjadi saksi betapa kekejaman kaum yahudi laknatullah masih berakar di bumi suci Palestin. Takkan mungkin tidak menitis air mata menyaksikan kekejaman tak berperikemanusiaan ini dari lubuk hati seseorang yang masih ada iman di dadanya..



Asyyahid Abdullah Azzam mengatakan bahawa “kemuliaan Palestin tidak mungkin kembali hanya dengan ucapan-ucapan saja. Adakah mereka dapat mengembalikan sejengkal saja dari tanah Palestin?. Sesungguhnya dien Allah (Islam) tidak akan menang hanya dengan retorik dan ucapan kosong, dan negeri-negeri Islam juga tidak akan terjaga hanya dengan pantun, lagu dan syair”


Mujahid Usamah Bin Laden mengatakan : “Kepada saudara kami di Palestin. Kami ucapkan, Sesungguhnya darah anak-anakmu adalah darah anak-anak kami dan darah kalian adalah darah kami. Darah dibalas darah kehancuran dibalas kehancuran. Kami bersaksi atas nama Allah bahawa kami takkan membiarkan kalian sampai kita menang…atau mati seperti Hamzah r.a.

Percik darah masih mengalir di bumi Palestin. Apakah yang telah dan boleh kita lakukan ?

Doa Senjata Orang yang beriman..

Ditengah-tengah canggihnya mesin,gahnya insitusi-insitusi militer,persenjataan,strategi,kekuatan dan kehebatan doa tidak dapat disangkal,milik orang yang beriman.Ini kerana ummat muslim mukmin selain berusaha semaksimum mungkin dalam setiap amalnya,mereka juga tidak pernah lupa untuk menggantungkan setinggi-tinggi harapan dan menjadikan doa sebagai wasilah dan senjata untuk mencapai matlamatnya.
‘addua’ silahul mukmin’,telah berjaya dibuktikan bermula dengan para rasul,sahabat dan para salafussoleh.

Doa adalah senjata yang menyelamatkan Nuh a.s. dengan dari air bah kepada kaummnya. Doa juga senjata yang menyelamatkan Musa a.s. ketika melawan Firaun laknatullah,menyelamatkan Soleh a.s dari kezaliman kaum Tsamud, menyelamatkan Hud a.s dari kaum Aad, dan menyelamatkan serta memberikan kemenangan kepada Rasulullah SAW. dalam pertempuran yang banyak. Bahkan dengan kekuatan dan kedahsyatan doa juga, kuasa utama dunia pada waktu itu, Parsi dan Rom akhirnya tunduk kepada ISLAM.Sesungguhnya kemenangan itu dekat jikalau kita melengkapi syarat taqwa..

Amin-amin ya Rabbal Alamin...

Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”


Dunia sedang menunggu Kelahiran Salahuddin AlAyyubi ke-2 untuk membebaskan bumi Palestin daripada taghut dan memastikan islam menjadi pemerintah dan bukan lagi diperintah

0 comments: