Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya
Merasa terpikul amanah ad-deen ini….
Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu…?
Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu’mu kurang
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya
Terlalu banyak kurang & salahmu…
Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu’ & tenang..
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini
Diriku,
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu
Pada qiamullail di keheningan malam
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya
Di situ ada bekalnya….
Lazimilah awal dirimu dengan al-Ma’thurat
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai da’ie.
Diriku,
Pada tawadhu’, pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Ada ketenangan dan kekuatanmu.
Diriku,
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati ….
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan
Hati yang sakit apatah lagi menghidupkan hati yang mati….
Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia
Kerana kedaulatan Tuhanmu….
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadapan qudrat dan iradat-Nya….
PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN
4 comments:
wah..ni sajak adik wat sendiri ke...puitis la.
dia ni mmg puitis...tp ye ke?...erm..konfius2
PUITISISME? huhu, kindly invite to my blog. www.nuruddinzenki.blogspot.com
rajinla sek2 nih. mantop...
Post a Comment