Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

Bercakap mengenai pengorbanan...

Seorang nabi sanggup berkorban apa sahaja untuk ummatnya
Seorang Ibu sanggup berkorrban apa sahaja untuk anaknya
Seorang guru sanggup bekorban apa saja untuk muridnya..


Pensyariatan qurban ialah satu ibadah untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT tanpa apa-apa keraguan. Walaupun Allah SWT ,memerintahkan Nabi Ibahim menyembelihkan anaknya, maka lantas ia melakukan tanpa apa-apa keraguan untuk melaksanakannya.Berkorban mengandungi makna mencintai, mentaati, mengabdi, menyerahkan dan reda. Hanya hamba Allah yang bermujahadah dapat melakukan ibadat korban ini. Falsafah korban bukan sekadar membeli kambing atau lembu untuk dipotong dan diagihkan kepada fakir miskin. Ibadat korban juga mengajak kita memperbaharui cinta kepada Allah, rasul-Nya, diri sendiri, ibu bapa, isteri, suami, anak-anak dan yang terakhir umat manusia seluruhnya.Justeru itu apabila kita mengingatkan peristiwa qurban bukan hanya berbangga dengan berberapa ekor binatang yang disembelih, tetapi lebih kepada pengahayatan semula terhadap konsep korban yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S.



Perjuangan dan pengorbanan

Pernah ditanya apakah hukum berkorban?
apakah hukum tadhiyyah?
secara mudahnya saya menjawab..
"Tadhiyyah itu wajib mengikut kadar kemampuan seseorang
,menganbil kira qawaidul fiqhiyyah"
"Ma la yatimmul wajib illa bihi fahuwal wajib"
"Perjuangan itu seuatu kemestian,suatu kewajipan,apa2 sahaja yang menjadi elemen dalam perjuangan itu dan menuju kearah kesempurnaannya juga wajib"

"TIADA PERJUANGAN TANPA PENGORBANAN"


"MAKA BERKORBAN ITU SUATU KEWAJIPAN"

...

Aidil Adha adalah Hari Pengorbanan. Hari di mana pengorbanan manusia diangkat dan dimuliakan oleh tuhan. Aidil Adha adalah hari di mana hamba-hambaNya yang taat, tidak gentar dengan ujian dan tidak kehilangan dengan kematian, dibezakan darjat mereka berbanding dengan manusia-manusia biasa.

Aidil Adha adalah hari yang raya (bersamaan ertinya dengan Hari Yang Sangat Besar). Hari ini dibesarkan untuk manusia-manusia kecil yang telah sudi berkorban demi tuhan mereka dan tidak sedikit pun mempersoalkan keadilan dan kasih sayang Allah terhadap mereka.

Hari Raya Korban bagi saya adalah satu penghargaan khusus buat umat manusia yang tabah dengan ujian-ujian kehidupan yang tidak putus-putus dalam hidup mereka. Di Malaysia, ini dirujuk khususnya kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan terengganu

Takbir membesarkan tuhan. Mengakui keagungan dan keEsaanNya. Beriman kepada Dia daripada terbit fajar hingga tenggelamnya mentari. Patuh dan tunduk bahawa Dia yang Maha Menguasai. Perserahan yang mutlak kepada Pencipta Semesta Alam meredakan gelisah, gelora di dalam hati dan adalah nikmat terbesar bagi kemanusiaan.

Merasa lemah dan tidak mampu mengubah apa-apa. Hadiah buat jiwa yang telah sedaya-upaya usaha.

Salam Aidil Adha dan Pengorbanan daripada saya. Teruskan berjuang! Sesungguhnya adat berjuang adalah kesusahan sebelum kesenangan (yang abadi).

0 comments: