..biadap lagi kamu Zionis!..
380..
1750..
..Semakin membarah dendam dijiwa..
Tika anak-anak kecil Palestin memikul beban orang-orang dewasa,diusir diburu siang dan malam,akan tetapi kita bimbang dengan anak-anak kita, ketika tangannya kotor karena debu, sedangkan mereka anak-anak Palestin tangannya kotor kerana peluru dan batu.
Percik darah masih mengalir di bumi Palestin. Apakah yang telah dan boleh kita lakukan ?
‘addua’ silahul mukmin’,telah berjaya dibuktikan bermula dengan para rasul,sahabat dan para salafussoleh.
Doa adalah senjata yang menyelamatkan Nuh a.s. dengan dari air bah kepada kaummnya. Doa juga senjata yang menyelamatkan Musa a.s. ketika melawan Firaun laknatullah,menyelamatkan Soleh a.s dari kezaliman kaum Tsamud, menyelamatkan Hud a.s dari kaum Aad, dan menyelamatkan serta memberikan kemenangan kepada Rasulullah SAW. dalam pertempuran yang banyak. Bahkan dengan kekuatan dan kedahsyatan doa juga, kuasa utama dunia pada waktu itu, Parsi dan Rom akhirnya tunduk kepada ISLAM.Sesungguhnya kemenangan itu dekat jikalau kita melengkapi syarat taqwa..
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Dunia sedang menunggu Kelahiran Salahuddin AlAyyubi ke-2 untuk membebaskan bumi Palestin daripada taghut dan memastikan islam menjadi pemerintah dan bukan lagi diperintah